Showing posts with label Bookaholics Anonymous. Show all posts
Showing posts with label Bookaholics Anonymous. Show all posts

Sedikit Sebanyak: King of the Sea oleh Dina Zaman



King of the Sea by Dina Zaman

Sebetulnya, saya belum pernah membaca buku Dina Zaman sebelum ini walaupun saya pernah mendengar tentang buku beliau 'I Am Muslim'.

Buku ini merupakan kompilasi sembilan cerpen oleh Dina Zaman. Kebanyakannya berkisar tentang orang kampung dan saya kira penulis mungkin terbayangkan kampung beliau dan penduduknya ketika menulis cerpen-cerpen tersebut. Ada kisah-kisah yang pelik di dalam buku ini tetapi itulah kehidupan, penuh warna-warni. Contohnya kisah isteri Ipeng, Mandak yang ingin menjadi malaikat yang boleh terbang. Kali pertama membacanya, saya terfikir, wujudkah orang seperti Mandak? Namun, jika difikirkan balik, di luar sana mungkin wujud orang yang mindanya sedikit bercelaru begitu. Otak masih menjadi misteri buat para saintis bukan? Hanya Tuhan yang tahu apa terkandung dalam minda kita.

Cerpen yang saya rasa sangat 'comel' bertajuk 'Nah the Masseur' dan 'Alia' adalah sangat pelik, entah macam mana ibubapa Ali percaya yang anak perempuan mereka sudah bertukar menjadi seekor ayam?

Jika anda mencari bahan bacaan yang santai, bacalah buku ini. Jika anda mencari bahan bacaan yang terkandung pengajaran, baca juga buku ini tapi bacalah yang tersirat, dan tafsirkanlah dengan minda yang terbuka.



Sedikit Sebanyak: The Soul of a Butterfly oleh Muhammad Ali bersama Hana Yasmeen Ali

The Soul Of A Butterfly by Muhammad Ali

Buku ini sungguh indah, seindah tajuknya. Ya, mungkin ini bukan benar-benar sebuah biografi tentang Muhammad Ali tetapi di dalam buku ini terkandung pemikiran beliau sendiri.

Tatakala beliau menyatakan bahawa beliau adalah 'The Greatest', ia mungkin pesanan beliau kepada dunia bahawa Muhammad Ali masih mampu menjadi yang terbaik dan mengalahkan mereka yang berkulit putih walaupun dia adalah seorang yang berkulit hitam. Di penghujung buku ini, Muhammad Ali menyebut bahawa Tuhan adalah yang paling hebat, dan ianya sangatlah benar. Tanpa Tuhan dan kepercayaannya kepada Tuhan, pasti beliau tidak mampu menjadi yang terbaik. Jika beliau tidak menjadi seorang peninju, beliau tetap akan melakukan yang terbaik.

Muhammad Ali, walaupun sering menyebut yang beliau hebat, telah membuktikan bahawa beliau juga adalah manusia biasa yang melakukan kesilapan dalam hidup, contohnya, saat beliau berpaling dari Malcolm X dan menyakiti keluarga Joe Frazier dengan kata-katanya. Beliau menyesali perkara berikut dan meminta maaf, salah satu caranya ialah dengan menulis sajak.

Di dalam buku ini juga, kita dapat membaca beberapa buah sajak yang ditulis Muhammad Ali. Sajak-sajak beliau bukanlah yang terbaik yang pernah saya baca, tetapi jika seorang peninju mampu menulis sajak, ianya sangat hebat!

Nota: Buku ini juga dibaca untuk Bookaholics Anonymous yang diadakan setiap bulan. Jika anda berada berdekatan Setapak, KL, mari sertai perbincangan buku kami!



Sedikit Sebanyak: KO KB KU KL oleh Fadli Al-Akiti

KO KB KU KL oleh Fadli Al-Akiti

Kisah manusia terjumpa cinta. Kadang cinta bukan dicari, namun tetap datang. Khunsa atau berjantina nyata, tetap atau sering lari (dek dikejar musuh merata), patuhi Tuhan atau tidak, cinta itu pasti ada (ya, kerana Tuhan itu tidak kejam).

Luwi, bagi saya seorang hamba Allah yang baik, baik sebagai seorang khunsa, atau seorang perempuan. Ya, Luwi seorang khunsa tetapi tanggungjawabnya sering dilunaskan, bukan dilepaskan. Dan dia tetap di KB.

Berbeza dengan Mod yang sering lari, menyangka lari adalah penyelesaian, sedangkan itu menjelekkan masalah. Pelarian Mod diakhiri dek cinta buat manusia, ah, agaknya berapa lama Mod mampu bertahan? Jika Shana menghindari, masihkah Mod tetap di KL? Atau pulangkah dia ke KB nanti?

Apa pun, tahniah buat Fadli Al-Akiti kerana berjaya menghasilkan novelet cinta ini. Dan saya suka, kerana novelet cinta ini bukan tentang kisah cinta biasa seperti dalam novel-novel cinta lain.

Cuma, bahasanya buat saya sedikit pening.



Bookaholics Anonymous: Perjumpaan Pertama, Februari 18

Wow!

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu tiba: Perjumpaan kelab buku Bookaholics Anonymous. Terkejar-kejar saya. Memang tempatnya tidaklah jauh sangat dari tempat tinggal saya tetapi saya terkejar-kejar dan sedikit sesat kerana jarang ke Setapak.


Hari ini ada lapan orang yang hadir. Semuanya santai, there were food, drink and books and when there's books involved, you don't even need chairs to sit on! Kami semua dengan sukarela ingin duduk di atas lantai.

Sebelum sesi utama bermula, kami berkenalan dahulu. Seperti kata Tuan Amin Idris (dalam rancangan Assalamualaikum TV Al-Hijrah, 19 Februari 2012), dalam setiap kumpulan usrah ada tiga rukun: ta'aruf (berkenalan), tafhaam (faham antara satu sama lain) dan takaful (membantu antara satu sama lain). Bagi saya, Bookaholics Anonymous adalah satu keluarga baru yang gemarkan buku dan aktiviti membaca. Jadi sesi ta'aruf itu perlu kan?

Kemudian kami berkongsi tentang genre buku atau penulis yang kami gemar. Kesimpulannya, kami as a group, suka banyak genre. Pada awalnya saya rasa jika terdapat pelabagai genre yang digemari, tentu sukar untuk menentukan buku untuk dibincangkan tetapi dengan kepelbagaian tersebut, kebarangkalian seseorang untuk tidak suka satu-satu genre adalah rendah, jadi mungkin tidaklah sukar sangat untuk menentukan buku yang hendak dibincangkan.

Insya-Allah, bulan Mac, kami akan membincangkan buku 'Things Fall Apart' karya Chinua Achebe, seorang penulis dari Afrika. Sis Azra yang mencadangkan buku tersebut minggu lepas. Saya belum pernah membaca buku tersebut sebelum ini, jadi saya mencari buku tersebut di Kinokuniya KLCC minggu lepas, sekadar ingin tahu apa kisahnya. Ternyata sinopsisnya 'menggoda' saya untuk membelinya. Haha, bertambahlah koleksi buku saya!


Jadi, Ahad, 18 Mac 2012, kami akan membincangkan buku 'Things Fall Apart' karya Chinua Achebe. Ahli Bookaholics Anonymous, kita jumpa nanti! *seronok!*



Bookaholics Anonymous invading KL!

Saya sangat TERUJA!

Insya-Allah, pada 19 Februari ini akan diadakan pertemuan pertama Bookaholics Anonymous, kelab buku baru. Idea asalnya diperolehi oleh seorang rakan di Facebook, namanya Amin. Dia sekadar bertanya adakah blog saya ini ada 'Readers' Club'. So I said, why don't we start one. And he said, LET'S DO IT!

Pertemuan pertama kelab buku kami ini akan diadakan di House of Zaaba, Setapak. Amin maklumkan di House of Zaaba terdapat sebuah perpustakaan mini. Bertambah teruja saya menunggu 19 Februari! Saya berhasrat untuk mencatat di blog ini tentang perbincangan buku yang kami adakan setiap bulan, insya-Allah. Doa-doalah saya punya waktu yang cukup untuk mencatat semuanya di sini.

Heeee... memang saya teruja tapi saya juga nervous. Amin minta saya mengetuai sesi pada 19 Februari nanti. Saya sangat takut bercakap dengan orang yang saya baru kenal tapi, apa salahnya jadikan ia satu cabaran bukan? *wink*

Dan.... sebenarnya saya tidak pernah menyertai mana-mana kelab buku, and now, I have to lead one? OMG!

Wish me luck.



Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Statistik