Showing posts with label Prof. Muhammad Al-Mahdi. Show all posts
Showing posts with label Prof. Muhammad Al-Mahdi. Show all posts

Buku 'Gentle Reminders for Little Khalifah' cetakan kedua SUDAH TERBIT!


Alhamdulillah, setelah sekian lama tim Khalifah Institute bertungkus-lumus, akhirnya kami berjaya menyiapkan cetakan kedua buku 'Gentle Reminders for Little Khalifah' sempena jualan di Family Festival Twins of Faith di PICC, Putrajaya.

Nasihat-nasihat yang ada dalam buku ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, tetapi boleh juga digunakan sebagai panduan untuk orang dewasa membentuk diri menjadi lebih baik. Jadi, buku ini adalah sangat berguna buat semua yang membacanya, insya-Allah.

Dipetik daripada blog Khalifah Institute:
Buku ini merupakan kompilasi morning talk yang diberikan oleh Allahyarham Prof. Muhammad Al'Mahdi kepada anak-anak Khalifah Model School. Pengalaman beliau dalam bidang psikologi klinikal dan kanak-kanak membolehkan beliau berkomunikasi dengan kanak-kanak sehingga membuat mereka berfikir tentang tanggungjawab mereka sebagai Khalifah Allah. Dengan ini, kanak-kanak mampu menguruskan tingkah laku mereka di sekolah dan di rumah dengan lebih baik.

Buku ini sesuai dibaca kepada kanak-kanak setiap hari, pada waktu pagi atau sebelum tidur. Topik-topik yang diceritakan di dalam buku ini merupakan peringatan dan nasihat berharga, penting untuk kanak-kanak mahupun mereka yang sudah dewasa.

Harga buku ini adalah RM10.00 di Malaysia Barat dan RM12.00 di Sabah & Sarawak. Untuk membuat pembelian, sila hubungi 03-4256 6810.

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Statistik