Ini bukan mimpi. Ini realiti.

Tempoh hari sedang saya bersenangan di rumah (dengan minda yang tidak berapa senang!) adik saya memberikan saya sampul surat yang berisi. Di depannya tertulis 'Encik Engku Nurul Huda'. Encik? Hehe... saya tidak sekali-kali ingin menukar jantina! :P

Saya dapat mengagak isi kandungan sampul tersebut. Majalah Wadah Siswa! Sejak setahun yang lalu saya telah menghantar beberapa ulasan buku yang saya tulis. Asalnya saya sekadar menulis ulasan buku di laman Goodreads dan di blog ini di bawah ruangan 'Sedikit-Sebanyak'. Tidak sangka pula ada yang membaca dan mempelawa saya menulis. Terima kasih di atas peluang yang diberi. Saya sangat menghargainya! :)


Tidak boleh saya katakan saya berpuas hati dengan setiap yang saya tulis tetapi saya sering mencari ruang untuk memperbaiki penulisan saya. Sekali sekala ada juga saya bertanya kepada seorang kakak yang pernah menjadi editor majalah tentang kekurangan penulisan saya. Pernah katanya ada rempah yang kurang. Saya terima dengan senang hati kerana saya juga rasa belum cukup enak.

Buat anda yang pernah membaca ulasan yang saya tulis di sini, laman Goodreads mahupun di majalah Wadah Siswa sendiri, saya sangat menghargainya jika anda sudi menitipkan komen membina buat saya. Semoga dengan ulasan yang saya buat, dapat menarik lebih ramai di luar sana untuk membaca dan dapat memberi ruang kepada penulis dan penerbit buku memperbaiki mutu penghasilan bahan bacaan tempatan khususnya.

Saya mohon doa semua supaya banyak kebaikan yang terhasil melalui apa yang saya tulis. Terima kasih. :)

Nota: Dulu hanya melihat nama orang lain terpapar di majalah.



2 comments:

Tetamu Istimewa said...

Tahniah. Saya masih tidak tahu dan tidak pernah menatap majalah Wadah Siswa ini. Pernah dengar. Macam mana hendak dapatkan majalah ini?

Huda Engku said...

Terima kasih :)
Majalah ini baru setahun berada di pasaran. Sejujurnya saya sendiri belum pernah melihatnya di kedai tetapi saya diberitahu, pihak Wadah Siswa sedang berusaha meletakkan majalah tersebut di kedai.

Ada kawan saya cakap, di Kelantan majalah ini boleh didapati di kedai buku Muda Osman. Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh e-mel ke wadahsiswa@gmail.com

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Statistik